Thursday 22 May 2014

Muhasabah Sejenak

DEMI MASA
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan yang beramal soleh, mereka  berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”  

  


Masa terus  berputar dan tidak pernah berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap kepenatan. Hari terus berlalu, namun kerja masih bertimbun. Hari ini tidak selesai, bawa ke hari esok. Tapi jarum jam terus berputar tanpa menunggu kita.
Pejam celik pejam celik tanpa kita sedari, kita semakin hampir dengan Ramadhan. Sedar atau tidak kita melalui setiap bulan yang mempunyai pelbagai rahsianya yang mampu mendidik kita kearah yang lebih baik. Adakah kita telah dapat mengambil manfaat dan tarbiyah yang terdapat dibulan rejab dan syaaban ?  
Cuba kita renung sejenak,masa kita diatas dunia semakin singkat. Semakin dekat kepada masa kematian kita. Namun adakah kita terfikir mungkin esok atau lusa, malaikat Izrail akan menjenguk kita dan menjemput kita untuk bertemu Allah yang maha Esa. Sudahkah kita menghitung amalan-amalan kita selama kita hidup didunia lebih dari 20 tahun. Cukupkah amalan kita untuk bertemu-Nya.?
Kadang-kadang kita lupa malaikat Izrail akan menjemput kita pada bila-bila masa. Kita hanya ingat orang yang telah tua yang akan dahulu dijemput oleh-Nya. Sedangkan ajal setiap manusia telah ditentukan oleh Allah tidak mengira muda atau tua. Kita jangan ingat,  selepas berumur 60 tahun keatas barulah kita fikirkan masa kematian kita. Berapa ramai kawan kawan yang seusia kita telah pergi meninggalkan kita ? Renung- renunglah.
Mereka telah kembali kepada kuasa Yang Maha Agung. Ini jelas kepada kita jarum jam mereka telah terhenti, mereka tidak perlu  lagi mengejar masa dunia seperti kita. Maka tamatlah sebuah hikayat kehidupan diatas dunia bagi mereka, dan mereka akan membuka sejarah baru dialam kubur sambil menunggu hari pengadilan yang tiada siapa tahu kecuali Allah Taala.
Hari dimana seluruh manusia dari zaman Nabi Adam sehingga ke akhir zaman iaitu zaman umat Nabi Muhammad saw dikumpulkan dipadang Mashyar untuk disoal siasat. Sesi post mortem yang sungguh menakutkan. Dibedahkan segala ketelanjuran, keegoan dan kedurjanaan kita diatas muka bumi. Ketika itu kita akan berasa malu sehingga luruh seluruh daging-daging muka. Saat itu menangis keluar air mata darah sekalipun tidak berguna, tidak boleh memutar kembali jam kehidupan kita kerana segalanya sudah terlambat. Jarum jam taubat juga sudah berhenti !.




Muhasabahlah diri 

Muhasabahlah diri kita, saat jarum jam kehidupan masih berputar. Walaupun ia telah meninggalkan detik semalam,  kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Seterusnya ia akan melangkah ke hari, minggu, bulan dan  tahun yang akan menjadikan kita semakin berusia dan semakin tua seterusnya meninggalkan  usia kita sekarang.      
Jadi hitunglah jarum jam kita yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. Setiap saat usia kita cukup berharga dan  bernilai. Tapi apa nilainya kalau rutin kerja dan amalan kita seperti itu juga? Apa nilai cara bekerja dan berfikir seperti dahulu? Tidak ada beza dahulu dan sekarang, tidak ada pertambahan dari segala amalan.
Sepatutnya kita perlu berfikir bagaimana cara untuk menambahkan nilai setiap amalan dan kerja yang kita lakukan. Janganlah kita biarkan usia yang  berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
 Sentiasalah kita muhasabah diri kita. Apakah kita sudah bersedia atau belum untuk kembali bertemu pencipta kita?dan apakah usaha-usaha kita untuk memberi nilai tambah kapada setiap kerja yang kita lakukan?. Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya.?  
Marilah kita sama-sama memperbeharui dan membetulkan niat setiap hari sebelum melangkah memulakan tugas harian. Moga-moga  setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.    


Saturday 10 May 2014

musibah itu sebenarnya Allah turunkan untuk mendidik hati kita :)


Musibah yang mendidik hati
"Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah."
Salah seorang ustaz yang kata-katanya acap kali menikam pedih hati saya. Suka mendengar bicara tazkirahnya yang sedikit sebanyak mengalir di hati dan jiwa saya.
Bagaikan dinginnya air sungai di pagi hari, menyirami hati yang kelam dan usang. Membawa saya bermujahadah dan muhasabah diri.
Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan memudahkan laluan kita semua pada jalan kebaikan.
Ya. Kadang-kadang bila pergi usrah, hadiri ceramah agama dan pelbagai majlis ilmu, kesannya tidak begitu kuat mengetuk pintu keinsafan dalam diri.
Umpama tangan mengetuk pintu, terlalu perlahan.
Maka rasa kesedaran itu tidak dalam jangka panjang. Menganggap majlis-majlis usrah hanya sebagai aktiviti keagaaman.
Apabila ditimpa musibah, kesannya lebih mendalam.
Menikam sehingga ke ulu hati. Tusukan yang lebih dalam dan luka yang berganda sakitnya.
Musibah itu selalunya membawa kita kepada dua jalan. Sememangnya kehidupan ini hanya ada dua jalan sahaja. Jalan kebaikan dan jalan yang serong.
Musibah yang kita anggap ketidakdilkan, tentu akan membawa kita pada jalan yang serong.
Berpaling daripada jalan agama. Maka teruslah tersesat tanpa memikirkan bahawaujian adalah lambang kasih sayang Pencipta kepada hamba.
Musibah itu seolah pintu yang ditendang dengan kuatnya.
Bukan sahaja terbuka pintu, tetapi terus tercabut dan terbalik. Musibah yang membuatkan diri tersungkur. Berasa hilang dan kosong semuanya.
Tiada dahan untuk berpaut saat kita benar-benar memerlukan pergantungan.
Lalu siapa yang boleh membantu kita pada tika itu?
Mengadulah pada emak dan ayah.
Luahkan kepada sahabat.
Tetapi rasa terluka itu hanya sembuh dalam masa yang sekejap. Bila sendirian, kesakitan itu kembali melilit diri. Air mata berderai dengan lajunya.
          “Ya Allah, kasihanilah aku. Bantulah aku. Beri aku kekuatan, Tuhan.”
Itulah yang benar-benar luahan pertolongan kita.
Penuh ikhlas. Luhur. Benar-benar sepenuh pengharapan. Keyakinan kita hanya kepada DIA.
Lalu berzikirlah kita. Menyebut semua ayat-ayatNYA. Dengan satu harapan, hati yang terluka pedihnya dapat dipulihkan. Perasaan yang serabut akan tenang.
Semoga kesakitan yang dihadapi ini berlalu pergi. Demi sebuah tenang dan damai, kita sanggup bangun pada hening awal pagi. Berwuduk dan tunaikan solat sunat.
Demi membeli tenang dan damai daripada Pencipta. Hanya DIA yang boleh membantu kita.
Hanya DIA.
Bermula dari musibah, kita mula bermuhasabah.
Kita tahu jalan yang kita lalui selama ini salah.
Selama ini kita hanyut. Mula berazam tidak mahu ulangi lagi kebodohan yang sama. Memilih meninggalkan jalan hitam, bermakna kita mendekat jalan yang putih.
Mahu merubah diri menjadi lebih baik. Mahu berhijrah. Kita mula merubah diri.
Bermulanya dengan penampilan yang baru. Tampil dengan imej muslimah yang benar-benar menepati tuntutan agama.
Sebelum ini kita rasai pakaian kita sudah elok. Kita bertudung walaupun agak jarang dan tidak terlalu labuh. Dengan pelbagai gaya. Kita selesa dengan jeans dan baju yang fesyennya pelbagai.
Tetapi bila hati diketuk kesedaran, kita jadi sangat malu dengan pakaian yang  disarungkan selama ini. Pakaian yang belum menepati piawaian wanita muslimah.
Lebih malu lagi dengan wajah yang diconteng-conteng. Sudah serupa burung rajawali rupanya. Wajah yang dirias sederhana itu lebih cantik sebenarnya.
Kerana wajah kurniaan Allah itu ada kecantikan yang tersendiri.
Juga amat memalukan, mengenangkan kita keluar berduaan dengan bukan muhrim.
Tidak bersentuh mahupun pegang-pegang, tetapi Allah mengharamkan ikhtilat.
Allahurabbi. Menggunungnya dosa kita selama ini.
Jika dosa boleh berbau, barangkali diri kita lebih busuk daripada tong sampah yang bertahun terperap. Penuh hanyir dan memualkan.
Betapa selama ini, sebelah kaki kita sudah melangkah ke rahang neraka. Nauzubillahiminzalik.
Musibah itu didikan hati.
Lalu kita tanamkan dalam diri, mahu jadi hambaNya yang lebih baik. Mohon agar hati ini tidak ditawan jika hanya sekadar suka-suka.
Mula rasakan ikhtilat itu bagaikan bara. Boleh melecur leburkan diri kita walau apapun alasannya.
Bila hati dilimpahi nur Ilahi, kita suka pada kebaikan.
Pada majlis ilmu. Mahu berbicara hal-hal kebaikan. Tentang agama Islam yang sarat dengan kemanisan, apabila kita hayatinya dengan keimanan dan rasa kehambaan.
Quran yang selama ini kita abaikan, mula menjadi teman yang paling akrab. Kita rasa lapang dada apabila mengalunkan ayat-ayat Allah.
Diri juga ringan mahu bangun bertahajud dan beribadah pada hening pagi. Ibadah pada awal pagi yang buatkan kita rasa cukup tenang. Rasa dekat dengan Allah saat kita berdoa dan memohon keampunan daripadaNya.
Lapang yang dirasai akhirnya membawa kita berfikir, bahawa musibah itu satu rahmat. Teguran yang membawa kita jadi lebih baik.
Maha suci Allah. Dihilangkan mentari, digantikan pelangi yang indah. Subhanallah.
Semoga kita istiqamah dengan perubahan ini. Bukan sekerat jalan. Biarlah sehingga kita dijemputNya, rasa kehambaan ini yang kita bawa..
Insya Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. (An-Nur:30-31)


la tahzan..

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.


La tahzan.Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.Bersyukurlah. Beruntunglah.Dari jutaan, engkau pilihanNya.
Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.Berbaik sangkalah dengan aturanNya.Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.Takdir Allah is something yang unexpected.Miracle things may come soon. Soon.Engkau harus percaya.Ya, percaya.
La tahzan.Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.Itu pasti.Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.Tak mampu nak bangun.Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.Just beside you.Selalu.Allah akan ubat luka di hati kita.Perlahan. Perlahan.Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.Tak mudah. Siapa kata mudah?Tapi inilah kasih sayang Tuhan.Berdamailah dengan takdirNya.Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.Dan tertulis di Luh Mahfuz.Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.Allah ada.


Allah tahu.“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7] 

Dan ingatlah..“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-


La tahzan,Jadilah wanita yang paling bahagia! :)


Friday 25 April 2014

nukilan hati


sepi-yuni-sahara
Pena ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dengan dinding kamar bukan kerana aku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah-celah manusia. Namun aku tetap merasa sepi. Aku bertanya pada dinding kamar kenapa aku sunyi?
Aku bicara pada rembulan yang bersinar? Aku bertanya pada si mentari?
Kenapa aku terasa kosong benar jiwa, tiada jawapan, hanya bahasa nyanyian bisu mengiringi. Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis sedih hati yang rapuh. Aku mencari keindahan pada dunia ini. Pada seorang lelaki, lelaki itu mati. Pada segumpal wang, wang itu habis, pada sebuah jawatan, jawatan itu hilang.
sepi001
Aku merantau lagi, mencari kebahagian yang abadi. Berlabuh dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yang tenang, mencari apa yang puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman, bersama tangan penuh debu dosa. Keindahan yang kekal abadi itu masih tidak kunjung tiba. Ramai yang berbicara dunia ini sementara, namun tidak ramai yang bersedia. Sama jua aku. Berkira hidup ini lama lagi, berdosa tidak apa.
Terlupakah kita, dengan mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang? Kitab suci, tersedia rapi di almari, berhabuk, lusuh sedikit tidak terusik. Menanti sahabat berlabuh nyawa meninggal dunia baru terbaca. Menanti sakit derita hiba baru terucap kalimah suci itu. Baru tersedar.Bukan dinding kamar patut kita bicara, bukan pada mentari patut kita bertanya, bukan pada rembulan, bukan jua pada sekecil hamba yang hina kita bersoal, juga bukan pada bintang dan pelangi.
Sujudlah padanya, berbicaralah dengan ALLAH tuhan segala pencipta .Bermohonlah padanya, mintalah padanya, itulah kebahagian yang aku, kamu dan mereka cari selama ini